Sebenarnya ada beberapa sikap yang sering menghantui diri ini. Sikap-sikap ini sering mengejar aku tidak kira tatkala aku bersendiri atau mempunyai teman disisi. Oh Tuhan..amat berat rasanya mempunyai sikap-sikap yang mazmumah ini kerana aku mengerti azab yang akan menimpa diri jika aku hiasi diri dengan sikap ini. Namun datangnya ‘mereka’ sangat tidak diundang. Sifat-sifat yang selalu mengejarku adalah sombong, takbur,ujub, banggga diri dan yang seumpama dengannya.
Andaikata aku diberi tugasan oleh orang yang bertanggungjawab, pada mulanya aku bertekad untuk memikulnya dengan rasa penuh tanggungjawab. Namun ketika sedang menjalankan tugas, terkadang sifat ini datang mengetuk pintu hati.”hmm..kenapa aku yang dipilih?Mesti aku yang paling layak antara mereka.” Kata-kata ini sering berulang-ulang di dalam hati meskipun aku cuba menepisnya. Selain itu, apabila aku menderma dana untuk mengurangkan bebanan mereka yang lebih memerlukan,pada mulanya hati kecilku berkata ‘insya Allah..lillahi Ta’ala..’. Namun, dipertengahan jalan pulang ada lagi kata-kata yang datang tanpa diundang. Kata-kata yang mengangkat diri sendiri sehingga melupakan Tuhan yang sepatutnya dipuji. Padahal aku tahu, Allah tidak akan menerima sedekah mereka yang memberi sedekah dengan niat menunjuk-nunjuk.
Aku pernah bertanyakan persoalan kepada guruku..”Ustazah,macam mana kalau kita nie ade rasa ujub, takbur, sombong dalam diri..??” Lalu guruku menasihatiku supaya aku sentiasa beristighfar untuk menangkis sifat mazmumah ini....
Namun aku masih merasakan sifat ini ada di dalam hati..Sehinggakan ketika aku menyembah Allah,Tuhan Sekelian Alam,terkadang timbul juga sifat jahat ini lebih-lebih lagi ketika solat di tempat awam. Diri ini merasakan akulah yang tahu semuanya. Aku lah yang paling ‘alim. Astaghfirullah.
Namun aku tidak sedar bahawa Allah lah yang memberi aku ilmu sehingga aku mampu beribadah kepadaNya. Sekiranya Allah tidak mengizinkan aku untuk mengetahui ilmu ini, mungkin aku akan menjadi sejahil mereka. Nauzubillah. Aku juga tidak sedar bahawa sifat takbur ini hanya milik Allah. Kerana Dia yang maha Berkuasa dan sempurna segala sifatNya. Maha Suci Allah. Dan aku tidak sedar bahawa ilmu yang diberikan kepada aku, harus disampaikan kepada orang lain supaya nanti mereka tidak menuntut aku di hadapan Allah. Masya Allah. Betapa aku lalai hidup di dunia ini. Oh Allah ampunilah segala dosa-dosaku. Lindungilah aku daripada sifat-sifat mazmumah yang menghantui diri ini. Oh Tuhan yang Maha Sempurna.
Thursday, March 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment