Friday, July 31, 2009

Wednesday, June 17, 2009

SeLaMaT bErJuAnG kPd SuMe sAhAbAt SeKaLiAnnn...

salam..
Di sini ana ingin mngucapkan selamat berjuang kpd sume shbt2 yg ana kasihi serta hormati...walaupun kita sume dh masuk ke alam IPT,tp jgn sesekali mngabaikan kerja dakwah kita di ats muka bumi ALLAH ini...x kira di mana kita sume berada,jalinkan ukhwah antara seisi manusia di ats muka bumi ini...ingat,kita perlu laksanakan tnggungjwb kita di dunia ini sblm kita dikmbalikan kpd ALLAH..pesanan ini adalah tuk beri peringatan kpd kita sume expecially kpd ana sndiri yg serba kekurangan n hina ini...marilah kita sntiasa berdoa n jgn sesekali putus hrpn trhdp ALLAH spya diri kita serta shbt2 seperjuangan kita istiqamah di ats jalan dakwahNya..Aaamin....

"berpenat lelahlah kamu krn sesngguhnya kesenangan itu slps kepayahan,jgn berdukacita krn hidup ini meletihkan sebab demikianlah hidup ini diciptakan."[IMAM SYAFIE]

"Keimanan yg benar mnjadikan prjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta,kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit mnjadi 1 kenangan yg manis,kesabaran mnjadikan segala beban yg ditnggung ringan dan mudah,keyakinan pada janji2 ALLAH mnjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar,kerinduaan padaNya mnjadi pmbakar semangat setiap kali berhadapan dgn kegagalan dan ujian berat.Yakin pada Yang Maha Esa,sama2lah teruskan prjuangan menempuh onak duri dunia hakiki."

Dari insan yg sgt kerdil di sisiNYa...

Tuesday, April 28, 2009

tagged : qoestions

  • [1] Who was your last text from?
= mlh salma = discussin' 'bout kembara ukhuwwah
  • [2] Where was your default pic taken?
= ngee~ no pic default la =
  • [3]Your relationship status?
= bondin' the ukhuwwah more tightly = amar ma'ruf nahi mungkar
  • [4] Have you ever lost a close friend?
= stiap p'temuan, pasti ad perpisahan =
  • [5] What is your current mood?
= blur~pressure, to many q n work = ya ALLAH..permudahkanlah urusan km...
  • [6] What's your brother's name?
= haila~ dun hv a bro = need to ask bro muqti wht was the preveous alumni's name..
  • [7 ] What's your favorite color(s)?
= colourful~ = erk?? hv to vote first..hehe..
  • [8] Where do you wish you were right now?
= in da heaven = may ALLAH bless..
  • [9] Have a crazy side?
= alumni members always hv an insane idea = crzy but creative n uniq..hehe..pasan!
  • [10] Ever had a near death experience?
= yupp!! = tym KBM..huhuhu..
  • [11] Something you do a lot?
= writin' = on da blog~meetin'~ketas keje~sms~mny mre~my fingers dh nk ptah..he3
  • [12] Angry at anyone?
= xlayak nk marah owg... = pasrah jer ayat..hehehe
  • [13] What's stopping you from going to the person you like?
= shy lor = ngee~
  • [14]When was the last time you cried?
= wed, 29th apr 09, 2.37 a.m = regret what i've done..an asif jiddan,ya ALLAH...
  • [15] Is there anyone you would do anything for?
= my Lord,my ad-deen n palestin~= ya ALLAH,perkenankanlah...
  • [16] What do you think about when you are falling asleep?
= argghh..slide show kembara ukhuwwah bla nk siap??=
  • [17] Who was the last person you talked to on the phone?
= mlh zaiton = ask 'bout mlh sabariah's condition..Ringankanlah bebany ya ALLAH
  • [18] What are your favorite songs?
= demi matahari by snada = can remember da lyrics n dance steps already..hehehe..
  • [19] What are you doing right now?
= ngee~ typin' lorh = bnyk lg ker q?waaaa...
  • [20] Who do you trust right now?
= ALLAH = always believe on HIM..
  • [21] Where did you get the shirt you are wearing?
= from da pokok kapas laa =
  • [22] Have you kissed someone in the past week?
= haila..personal matter nih..hehe..our mom of course =
  • [23] What is your lucky number?
= haram = mendeny lucky2 number..DOSA tau..
  • [24] Who are your friends that are closest to you?
= all alumni As-Saff members are very close = ukhuwwah fil'LAH...
  • [25] Describe your life in one word.
= mardha'tilLAH = searchin' that so we cn achieve al-Jannah
  • [26] Who are you thinking of right now?
= ummat islam yang lalai & terpesong = ya ALLAH kurniakan mereka hidayah MU...
  • [27] What should you be doing right now?
= i should perform a qiammulail = ngee~ dun jz say..DO IT!!
  • [28]If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be.
= pehal lak nk mnx kt cake tuh, mnx kat ALLAH ler = may Alumni as-Saff achieve
the objectives n may ALLAH always bless our SAFF..ameen..
  • [29] What are you listening to?
= selawat syifa' = amalkan~
  • [30] Who was the last person who gave you a hug?
= our mom = always mom..syurga di bawah tapak kaki ibu
  • [31] Who was the last person who yelled at you?
= ourselves = remaind what ur hve done tday..
  • [32] Do you act differently around the person you like?
= nope = jz be ourselves. hate hypocrte person!!
  • [33] What is your natural hair color?
= ngee~ Alumni mna ad rambut = hahahaha..
  • [34] Who was the last person to make you laugh?
= ustz Nizam = strick but funny~ pch rhsia..hehehe...
  • [35] Who will be tagged by u?
= who viewed this blog = hhehehe..nsib korang arr..

~ FinaLe ~

Monday, April 6, 2009

HapPy biRThDAy aLumNi aS-saFf memBerS..!!



wanna wish Happy BeLaTEd biRThDay to :

Miss Wan Fatimah Athirah Wan Mohd Sanusi -february girl-
hope ur get what ur want in ur life gurl..
thanks cz rmember us..hehe..

Mr Abbas Salimi Fauzi -february boy-
hope ur will through everythin' with ur iman n
may ALLAH alwys be with ur..

Miss Solehah Mazlan -february girl-
hope ur will always success n
dun 4get us when ur bcome doc 1day..

Miss Shakirah Abdul Rahman -march girl-
hope ur will not give up to push us in da ways of da'wah n
let us work together!
what is the important??team work!!hehe..

n i also wanna wish HapPy biRThDay to our biRThDay giRl this month!
Miss Nurul Izzah Zulkifli..
good luck in ur life my dear friend n
dun drive too fast k..hehehe..

Sunday, April 5, 2009

kHaTibah

Ahli Jawatankuasa Alumni as-Saff telah memutuskan untuk mengadakan program kHaTibah.
Antara oBJektiF program ini ialah
1) mengeratkan silaturrahim antara ahli alumni.
2) mengisi masa dengan mendekatkan diri kepada ALLAH.
3) mengingati dan menghayati semula tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini.
Program ini akan diadakan pada
Tarikh : 9 dan 10 april 2009
Hari : Khamis dan Jumaat
Masa : 7 ptg hingga 7 pg
Tempat : Pusat Pendidikan Al-Islah,Sg. Petani, Kedah.
Program ini juga bukan sahaja akan disertai oleh ahli alumni malah turut mendapat sambutan drpd facilitator-facilitator Keindahan BersamaMu (KBM)
sama-samalah kita berdoa agar program ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati ALLAH.

Thursday, March 5, 2009

dieT seimBang uTk goLonGan daRaH O




sajer ana nk share kt cni..sesape yg tergolong dalam golongan darah O, bleh la amek sedikit manfaat dari fakta-fakta di bawah..

golongan darah O memiliki ciri2 berikut ;

1) sistem kekebalan yg berlebihan
2) memiliki kandungan asid yg tinggi dan mudah mengalami gangguan pencernaan
3) disarankan makan makanan tinggi protein dan makanan rendah karbohidrat
4) penyakit seperti tekanan, keradangan dan kerosakan organ dalaman mudah menyerang

antara makanan yang sangat bermanfaat serta makanan yang perlu dielakkan oleh golongan darah O adalah ;

karbohidrat : + ubi / - tepung gandum,kentang,jagung,cornflakes
daging : + kerbau,kambing,rusa,lembu,hati lembu / - xde
sayur2an : + bayam, brokoli,salad,okra / - taugeh alfafa,lidah buaya,daun bawang
buah2an : + mangga,prune,nenas,ceri,pisang,jambu / - pear,aprikot,epal,betik,belimbing
mknn laut : + ikan kod,ikan salmon,ikan sole, / - ikan barakuda,sotong,ikan kering
telur & susu : + soya / - keju,yougurt,dadih,susu kambing
minyak : + minyak zaitun / - minyak kelapa,bijan,minyak bunga matahari
kekacang : + biji labu,rmi,kacang kenari / - kacang tanah,cheshnut,pistachio,biji bunga mthri

sombongkah aku??

Sebenarnya ada beberapa sikap yang sering menghantui diri ini. Sikap-sikap ini sering mengejar aku tidak kira tatkala aku bersendiri atau mempunyai teman disisi. Oh Tuhan..amat berat rasanya mempunyai sikap-sikap yang mazmumah ini kerana aku mengerti azab yang akan menimpa diri jika aku hiasi diri dengan sikap ini. Namun datangnya ‘mereka’ sangat tidak diundang. Sifat-sifat yang selalu mengejarku adalah sombong, takbur,ujub, banggga diri dan yang seumpama dengannya.
Andaikata aku diberi tugasan oleh orang yang bertanggungjawab, pada mulanya aku bertekad untuk memikulnya dengan rasa penuh tanggungjawab. Namun ketika sedang menjalankan tugas, terkadang sifat ini datang mengetuk pintu hati.”hmm..kenapa aku yang dipilih?Mesti aku yang paling layak antara mereka.” Kata-kata ini sering berulang-ulang di dalam hati meskipun aku cuba menepisnya. Selain itu, apabila aku menderma dana untuk mengurangkan bebanan mereka yang lebih memerlukan,pada mulanya hati kecilku berkata ‘insya Allah..lillahi Ta’ala..’. Namun, dipertengahan jalan pulang ada lagi kata-kata yang datang tanpa diundang. Kata-kata yang mengangkat diri sendiri sehingga melupakan Tuhan yang sepatutnya dipuji. Padahal aku tahu, Allah tidak akan menerima sedekah mereka yang memberi sedekah dengan niat menunjuk-nunjuk.
Aku pernah bertanyakan persoalan kepada guruku..”Ustazah,macam mana kalau kita nie ade rasa ujub, takbur, sombong dalam diri..??” Lalu guruku menasihatiku supaya aku sentiasa beristighfar untuk menangkis sifat mazmumah ini....
Namun aku masih merasakan sifat ini ada di dalam hati..Sehinggakan ketika aku menyembah Allah,Tuhan Sekelian Alam,terkadang timbul juga sifat jahat ini lebih-lebih lagi ketika solat di tempat awam. Diri ini merasakan akulah yang tahu semuanya. Aku lah yang paling ‘alim. Astaghfirullah.
Namun aku tidak sedar bahawa Allah lah yang memberi aku ilmu sehingga aku mampu beribadah kepadaNya. Sekiranya Allah tidak mengizinkan aku untuk mengetahui ilmu ini, mungkin aku akan menjadi sejahil mereka. Nauzubillah. Aku juga tidak sedar bahawa sifat takbur ini hanya milik Allah. Kerana Dia yang maha Berkuasa dan sempurna segala sifatNya. Maha Suci Allah. Dan aku tidak sedar bahawa ilmu yang diberikan kepada aku, harus disampaikan kepada orang lain supaya nanti mereka tidak menuntut aku di hadapan Allah. Masya Allah. Betapa aku lalai hidup di dunia ini. Oh Allah ampunilah segala dosa-dosaku. Lindungilah aku daripada sifat-sifat mazmumah yang menghantui diri ini. Oh Tuhan yang Maha Sempurna.

Wednesday, March 4, 2009

Tanda-tanda takuT pada ALLAH


sesungguhnya umat Islam yang takut kepada ALLAH terdapat 7 tanda padanya :
~ TuTur kaTa : > menghindari dusTa, ghiBah, menyebarkan fiTnah, berbual kosong & bnyk cakap.
> menyibukkan diri dgn ziKir, membaca aL-QuRan & muzakkarah iLmu.
~ haTi : > membuang rasa peRMusuhan, kebodohan & keDengKian.
* sabda Rasulullah S.A.W " haSaD itu dapat memakan keBaiKan sebagaimana aPi
membakar kaYu".
~ panDangan : > Tidak memandang maKanan, minuman, paKaian, & apa2 yg haRaM.
~ peruT : > Tidak diisi dgn benda yg haRaM.
~ keDua Tangan : > Tidak mengGunaKannya utk kegiatan yg haram.
> digunakan utk TaaT kepada ALLAH.
~ keDua kaKi : > Tidak berjalan meNuju maksiat.
> melangkah mentaati ALLAH, mencari kereDhaaNYA, bergaul dgn para
uLama', & orang2 sOLeh.
~ keTaaTan : > Taat semata-mata utk mencari reDha ALLAH.
> TakuT pada riaK & muNaFik.

ALLAH berfirman : " Janganlah kau berputus asa dgn rahMaT ALLAH". (as-Syura : 8)

Sunday, March 1, 2009

DAKWAH-TERAS KEBANGKITAN UMMAH

Apabila seseorang itu bersyahadah bererti dia telah membuat satu pengakuan untuk memperhambakan dirinya hanya kepada Allah s.w.t. Ianya adalah satu pengakuan untuk tunduk seta patuh kepada Islam yang diredhai Allah. Ini merupakan pengakuan yang mewajibkannya agar meletakkan garis hidupnya atas lunas-lunas Islam dan menghayati serta memperjuangkan Ad-Deen ini semata-mata untuk mencari keberkatan Allah s.w.t.

Hakikat iman itu ialah kita menerima dan membenarkan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w serta mematuhinya tanpa merasa berat.Memberikan ketaatan yang penuh kepada Allah s.w.t dan Rasulnya adalah bukti keimanan seseorang itu, malah inilah yang ditekankan oleh Al-Quran. Maka tidak ada pilihan lain lagi bagi orang yang beriman selain pilihan Allah s.w.t dan mematuhi perintah serta mengikut jalan Rasulullah s.a.w dan menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t.

Mungkin ramai di kalangan kita masih kabur dan tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dakwah tersebut dan apakah tujuan dan matlamatnya?? Dakwah dari segi bahasa bereti menyeru atau memanggil. Sebagai istilah syara' pula is membawa pengertian yang lebih khusus iaitu seruan atau panggil ke jalan Allah.

Menurut Ibn Taimiyah pula,Dakwah ialah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasulNya;iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh mereka dan mentaati perintah mereka.

Antara tugas-tugas dakwah ialah menyeru melaksanakan apa yang disukai Allah dan RasulNya sama ada dari perkara wajib dan sunat. Tugas dakwah juga menegah dari segala larangan Allah dan Rasulnya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah sekiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang dibenciNya, sama ada dari perkataan,perbutan zahir atau batin.

Jelas bahawa dakwah itu bererti menyeru dan memanggil manusia serta berusaha melaksanakan seruan dan ajakan kepada jalan yang benar iaitu agama Islam dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Islam.

Tujuan dan matlamat itu tidak lain dan tidak bukan ialah tujuan Al-Islam itu sendiri, yakni membawa manusia kepada pengabdian yang menyeluruh kepada Allah s.w.t. Perhatikanlah ucapan seorang sahabat,Raba'i ibn Amir RA,kepada Rustam :
"Bahawa Allah telah mengutuskan kami untuk mengajak dan menyeru tuan-tuan dan semua orang yang menumpahkan taat setianya kepada sesama manusia untuk bersama-sama dengan kami menyembah dan menumpahkan pengabdian kepada Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Berkuasa, dan menarik mereka keluar daripada kesempitan hidup di dunia kepada medan hidup yang lebih selesa di dunia dan akhirat, dari keganasan dan kekejaman agama-agama kepada keadialn Islam...............lalu diutuskan utusanNya kepada seluruh umat manusia...."

Pengabdian yang menyeluruh ini hanyalah boleh dicapai di dalam sebuah masyarakat yang menegakkan suasana alam yang berpusat kepada IMAN DAN TAQWA, betul-betul bertawajjuh(menghadapkan diri) kepada Allah s.w.t, mengambil FURQAN(neraca penilaian Allah) sebagai pembeza, mengawasi hudud-Ullah(batasan-batasan Allah) serta wala'ila-Allah(ketaatan yang mutlak kepada Allah s.w.t)... Inilah masyarakat di mana Hakimiyah Lillah akan tertegak. Dengan lain perkataan, pengabdian yang menyrluruh hanya dapat dicapai dengan tertegaknya Daulah Islamiyah.....